Wednesday, July 4, 2012

Begitulah Hati

Ada kala, hati ini boleh rapuh seperti baju yang direndam dalam baldi selama 7 hari. Dalam 7 hari, kau mengharapkan baju itu akan berbau wangi. Lalu kau simpan harapan yang menggunung. Namun malangnya, setelah 7 hari, baju itu rapuh bersama bau seakan tahi.

Begitulah hati.

Tatkala hidup di bumi Paris ini, aku sering dinodai dengan penuh rakus oleh rasa sunyi yang membuak-buak. Sungguh sensual ayat aku rupanya. Tetapi begitulah rasanya. Sehingga pada satu ketika, imaginasi-imaginasi luar tabii datang menyelinap segala ruang akal fikiran sehinggakan bantal pun kau rasa seksi seperti Megan Fox dan tilam kau rasakan seperti bibir mungil Angelina Jolie. Sungguh luar tabii bukan?

Begitulah hati.

Lalu aku pun cuba ingin lari dari juak-juak ini.Apa maksud juak-juak, tidaklah aku ketahui. Aku ingin lari sejauh mungkin. Tapi minggu lepas, baru lari 100m, urat punggung kanan aku cramp. Pedih. Perit. Aku bimbang juga kalau aku teruskan larian, barangkali urat punggung kanan aku bisa terputus. Bak kata pepatah, cubit punggung kanan, punggung kiri terasa juga.

Begitulah hati.

Jadi aku pun membawa diri ke jambatan yang penuh dengan mangga berdepankan muzium Louvre yang tersergam indah. Tatkala orang lain meletakkan kunci mangga, aku mungkin akan memautkan buah mangga supaya orang tahu bahawa aku bersendirian di jambatan cinta itu.

Begitulah hati. Sekian.

Kuiz minggu ini: Kau ada berapa punggung?

2 comments:

Safinaz Eurieqa said...

hurm..sunyi ke brada luar malaysia..agaknya betul la pepatah hujan emas di negeri org hujan batu di ngeri sendiri, tp tetap lebih elok ngeri sndiri kan?hahaha..btw, hope 1 day will go there too..

fatin syamimi said...

hurmm..sweet ..