Wednesday, November 11, 2009

Spender Saiz XXXXL

Oh, aku baru je balik dari training gamelan dengan debat. Semua benda aku nak sebat time cuti ni. Tapi takpe, pengalaman paling best. Neway, ketepikan semua cerita, ni aku nak cite benda paling best dalam hidup aku untuk malam ni. Aku terlalu bangga. Sampai rasa nak koyak2 spender bahagian punggung, biarkan keluar menggelebeh mengembang tahap Cik Siti Wan Kembang.

Nak dijadikan story mory, aku gi Akar. Aku tangkap2 gambar penyanyi peberet ku ada juga disitu. Aku upload la kat facebok. Dalam sehari dua, penyanyi peberetku komen page. Walaupun gambar kaki je, tapi dia tetap suka. Memang jiwa seni dia tebal sampai boleh tafsir kenapa aku tangkap gambar kaki dia.(Actually aku tengok cam pelik je dia pakai kasut converse tu kehkeh).Tapi komen dia yang pendek tu pun aku dah bangga separa punggung.

So, sebentar tadi, aku bukak blog aku yang bersawang ni, ada orang komen sebagai tetamu tepi ni. Aku click link. Rupanya gambar kaki aku tangkap tu ada terpapar kat page penyanyi peberetku. Oh, aku tersenyum girang umpama lelaki keberet pula.Punggung aku terus stabil kembang dua-dua belah. Seronok gila.

Bak kata pepatah, 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah Paan nampak di kaki Wani Ardy' Muahahahahhaha. Oh terima kasih penyanyi peberetku. :D

p.s: Tahukah anda, aku tak pernah minat penyanyi perempuan M'sia kecuali dia sorang je. Sampai lagu dia aku hafal, buat alarm bangun pagi, dan waktu memasak maggi.

Mood sekarang: Lagu 'Happy'. ~Should be happy..Happy..Happy...

Saturday, October 24, 2009

Kisah Semalam Yang Menarik

Semalam aku present final year project aku yang pertama. Bebudak lain siapkan slaid seminggu awal, aku mula buat slaid presentation dalam kul 11 semalam. Bila azan zohor ajak gi semayang jumaat, aku baru terhegeh2 buat system detail. Ikutkan hati, nak je aku angkut pc aku gi masjid. Sambil dengar khutbah, sambil buat slaid presentation. Bak kata orang, dunia dan akhirat perlu seimbang. kehkehkeh.

Nasib baik dekat tv1 ada siaran lansung khutbah, jadi aku dengar kat situ sambil buat slaid. Dalam 1.30 camtu, lari terkedek2 gi masjid semayang. Nasib baik khatib tu baik, dia kata 'jemaah sekalian, ayuh kita tunggu Paan datang dan kita pakat sama2 menuju ke gerbang syurga' . Aku terharu...hukhukhuk(eh kenapa asal terharu sedih je kena hukhuk, kenapa bukan pruutpruut atau ciretciret?)

Lalu, dalam kul 2.30 tu, siaplah jugak presentation slides aku.Tarik nafas sambil buat pose bangga jap walaupun aku sorang2 kat umah.Tapi....presentation start jam 2.30. OMG..OMG!(cewah, gaya urban la kononnya bila camni.Padahal boleh je Ya Allah.Ya Allah.haih) Lalu aku dengan semangat orang cina tak mandi pagi, tapi aku basuh keti dan gosok gigi, terus melangkah maju ke Uniten.

Turn aku nombor 4.Jadi aku tak risau sangat lewat. Sampai2 baru orang kedua. Tapi baru aku teringat, aku nak merepek apa depan Dr Ong dan Dr Norashidah nanti? Dua2 dah la Assoc. Prof lak tu. Dengan 10 minit, aku merangka cepat2 buat skrip spontan. Tapi.....Slaid aku mcam kosong je. Last2, aku tengok Dr Ong suka tanya directly dengan presenter sebelum aku, jadi aku gelapkan benda2 yg aku tak tau. Cakap apa yang aku tau je.

Maka, bila tiba turn aku, dengan girangnya aku memulakan presentation dengan lafaz khatimah cinta. Cewah. Takda la. Aku terus je merepek. Suara dah ketar ketar sebab memang tak sedia lansung. Tapi act cool je. Lalu, bila ditanya soalan, aku asyik jawab dengan penuh kenafian dengan muka naif. Bila dah lepas, tiba masa untuk aku tunggu turn Muiz Gay. Kesian dia, baru slide objective project, dah kena tanya bertalu2. Aku rasa nak guling2 gelak. hahaha.


After that, aku sempat gi bilik MPP dan pinjam kayu+bola pool.Oh ye, patut aku pinjam note. Tapi aku rasa pada jam 7.00 mlm tu sempat lagi main pool, aku main la jap 15 minit ngan Aizat n geng. Jam 7.15 baru aku start study walhal jam 8mlm start exam. Takpe, hati aku berkata, Paan, dont be khuatir.

Kendatipun begitu, aku lepak jap study dengan Ustazah Hani(budak PPI yang sangat liberal. Bagi aku tengok video Wonder girl seksi tu kat laptop dia. "Nobody, nobody like u.." cewah, sempat nyanyi tatkala setan bergelimpangan) Pastu dah study 15 minit, aku berborak dengan Ustazah Hani bertanyakan pendapat dia dari sudut Islam tentang masalah aku yang berlarutan.

Kali pertama aku dapat menghadam pendapat dia dengan begitu syahdu. Terus aku rasa tenang nak jawab exam. Perbualan dia nanti aku buat post lain la. Tak best la campur2. Lalu, aku pun rasa yakin dan confident nak jawab exam. Pas maghrib je, terus gi jawab exam. Aku ingatkan soalan boleh goreng, sekali based on fact gile2.

Lalu aku nampak Wak Dol dan Zie. Ajak dia duk depan2 hall sebelah. First sekali rancang camne nak bagi simbol2 bagi jawapan objektif. Tapi bila examiner pergi ke belakang untuk edar soalan, terus je aku bincang. Baru je 1 minit berlalu, 20 soalan berjaya dijawab. Wahahhaha. Best betul bila duduk sebelah orang yang study. Tapi bila tiba part subjektif, aku dah pening.

Soalan dia, apakah 5 peringkat krisis orang lelaki dalam kehidupan mereka?Aku dah macam, apa ni?? Soalan kepimpinan ke soalan masalah batin lelaki mati pucuk? Aku mula2 nak tulis:
Peringkat 1: Akhil baligh
Peringkat 2: Andropouse
Peringkat 3: Mati pucuk

Tapi...Aku macam tak jadi la. Terus aku tanya Zie. Zie cuak2 nak tolong aku. Last2 dia berlakon angkat2 paper. Aku tak dapat baca. Pastu dia pekatkan jawapan dia. Aku tak dapat baca lagi. Last2 die tulis besar2, baru aku dapat baca dan tiru. hahahaha. Nasib baik aku tak buat macam jawapan kat atas, mau paper aku kena koyak nanti ngan Pak Arip.

After je abis ari penuh cabaran ni, aku balik. Dah abis cite...



Friday, October 23, 2009

Petanda




Sunday, October 18, 2009

Teka Teki Final Exam-1

Hari ini saya baca buku
Buku saya tak ikot chapter
Buku saya banyak author
Buku saya banyak picture
Buku saya banyak game

Cuba teka, buku apa saya baca?


Monday, October 12, 2009

Kelam Kibut Tali Kecapi, Kosong Perut Senang Hati

Oh, ari ni adalah hari paling kelam kabut dalam hidup aku walaupun aku tetap berlakon cool dan tenang-tenang jangan disangka tiada buaya darat. Bermula dari semalam, aku sampai rumah jam 3 pagi setelah study kat COE. So pagi ni ingat nak buat latihan sket utk kasi confident, tapi ternyata aku tersilap langkah.

Aku set jam kul 6 pagi. Tapi aku bangun2 je dah kul 8.30 pagi. Test pulak kul 10 pagi. Dah tu kena hantar adik aku balik uni die dulu kejap. So, aku pun dengan kelam kabut gila cepat-cepat breakpes dulu. Ye, walaupun study tak abis, makan tetap makan. So, pas makan, dah kul 8.46 macam tu, haruslah aku terasa nak tercirit kan. Tapi aku tetap tahan dan tahan dan tahan sambil baca note.

Namun apakan daya, nasi dah jadi tahi, aku tetap terpaksa jalan berkepit menuju ke jamban. Tapi kali ini, mungkin tahi juga sedar aku sedang terlewat, dia tak kuar cepelup-cepelup, tapi keluar versi instant, "Kebuuusssh!". Walaupun bagi aku, cirit camni paling tak nikmat, tapi aku peduli apa. Cepat2 aku keluar terus baca note balik. Eh tipu jap, confirm la aku basuh dulu buntut. Korang ingat buntut aku ni tak bertamadun hadhari ke? Cis! Emo jap.

So, kul 9.01, aku cepat2 ngadap PC balik. Sebelum baca note, check facebook dulu dan merintih kat status dengan harapan ada orang komen simpati. Pastu baca2 sampai kul 9.20. Aiyo, aku nak hantar adik aku lagi kat bangi.Jadi, dengan kebiasaan norma-norma kehidupan, aku pun terus bersiap tanpa mandi. Justeru, aku pakai paling kacak sekali untuk mengaburi mata orang ramai.

Pastu, dah la lewat kul 9.25 dah. Nak ke universiti aku tu paling tidak 25 minit. Singgah hantar adik 10 minit. Pastilah aku ngam2.Tapi bila nak kunci gate, bunyi dari perut datang. Lalu aku kentut yang paling busuk dalam sejarah hidup aku. Pastu tengah angin2 terakhir keluar..Psst..Psst.. Terasa ada ura-ura hendak tercirit lagi. Gi balik jamban. Cis, dasar buntut tak dibendung! Huh! Marah aku ngan buntut sendiri. Bengang oo..

Lalu aku keluar dari umah jam 9.35 dan sampai kat COIT jam 10.10. Dah lewat 10 minit! Lalu aku pun berlari-lari dan nak terjah pintu, sekali silap kelas. Sambung lari balik, masuk2 kelas, lecturer lak takde. Muiz Gay tengok muka aku dengan kadar simpati paling agung. Lalu aku pun gi kelas sebelah untuk seat exam. Tapi paper tak cukup.Sementara aku tunggu paper, sambung balik study sambil tengok2 paper bebudak yang dapat. Aku siap meniaga 2 ringgit untuk satu jawapan.Muahaa

Aku mula test kul 10.25. Soalan tak susah sebab bila lecturer keluar je, aku direct bukak note dan jawab dengan megah dan gagah. Ye la, daripada aku jadi cam bebudak lain yang dok tiru kawan sebelah, baik aku tiru note terus. Cepat padat ringkas. Akhirnya aku leh jawab semua walaupun ada salah sket2.

Bila keluar dari kelas, rasa bersalah. Tapi nak buat camne, aku grad bukan nak keje pikir camne Data computer di transportkan ke sana sini. Kalau dah computer rosak, perlu ke ko nak pikir aliran mana transport layer, network layer, internet protocol? Takde kan. Sah2 ko kena gi beli baru je atau bayar bil streamyx je kan kan kan? Jadi memandangkan aku rasa tak bermanfaat aku hafal benda2 tak berbaloi yang tak ditanya kat kubur, jadi aku tiru je la. So, kat kubur, cuma mata aku dan hati akan ditanya " Kenapa meniru?"

Sunday, October 11, 2009

Walaupun Testis Sudah Dekat, Tapi Berak Borak Tetap Perlu

Semalam sepatutnya aku study Data Comm, tapi aku dan Ein memilih untuk berbicara tentang sejarah silam berpuaka bersama Acap Sonsang, Faris dan Nasya. Jadi, untuk membuatkan hati tak rasa bersalah sangat, sambil mengumpat tu, kitorang masukkan elemen data comm sket2 seperti nama lecturer dan seksyen berapa kelas kitorang. Itu saja. Part2 theory tu, ari ni baru study.kehkehkeh.

So, ari ni aku janji ngan Ein kul 9 pagi nak study. Tapi tertangguh, jadi kul 12 aku berjanji jumpa. Tapi sekarang kul 11.55 dan aku masih taip blog lagi. Maka, dengan rasminya aku tau yang Ein sedang berzikir carut menanti aku. Takpe2, die penah tunggu aku 5 jam sebelum ni. Muahahahahahahha

Semalam best gak, gi umah kerabat di raja. Padahal umah Raja Eli je. Tapi semalam adalah hari paling bersejarah. Mak Eli ingat nama aku. Baru aku nak salam, mak dia dah buat dialog, " Ini Farhan kan?" Korang bayangkanlah, betapa kembangnya alur buntut aku bila ada mak kawan aku ingat nama aku sedangkan kali terakhir kitorang jumpa 3 tahun lepas, yakni ketika body aku menggelebeh, payu teruna mengelenyut dan tetek buta. Bayangkan betapa bangganya aku. Oh makcik, terima kasih kerana ingat nama saya. Rasa macam menang anugerah bintang popular.

Semalam gak besday Shebby. Ya, rancang dari dua minggu lepas nak gi karok sama. Tapi apakan daya, aku ada test data comm.Kalaulah saat ini adalah waktu kurun zaman kegemilangan sultan melaka, sudah pasti ada pepatah " Kerana Data Comm, kawan ditinggal-tinggalkan".Takpe Shebby, kawan paling sejati adalah kawan yang ingat dalam hati. cewah. Cover je lebih.

Pastu semalam, eh pusing balik cerita, mula lah cite sejarah tentang harapan palsu dan sebagainya. Betul gak eh, time bercinta nampak cam manis, tang berpisah nampak cam masam. Sebab tu Ein nye blog masam2 manis(tiba2 je Ein ko terselit hahahahah). Apa2 pun, aku sekarnag ni tengah bercinta. Jadi aku tengah manis lagi. Hahaha. Aku ni dah la suka bagi harapan. Tapi harapan aku takde la palsu sangat kalau kesetiaan dia sentiasa kat aku.Jiwang gak kan.kehkeh. Pasti aku akan makbulkan kata2 sebab dia sangat best. Kalau dia curang, aku kata la blog pas ni , die tak best. hahaha. Tapi harap dia best selama-lamanya la.

At the end, sekarang ni aku dah mungkir janji ngan Ein. Dan aku dah lewat untuk study. Harap maklum. hahahhaa.

Thursday, October 8, 2009

21 Hari Ke Final

Ok. Cukup berhibur. Sem ni aku kena target kat final je. Biasalah, this sem yang paling takde mood nak study. Aku pun tak tau nape. Jadi, seperti normal, final la kena score. Last sem pun buat cam ni gak. Memang pecah kepala. So, bila abis final, korang nampak aku jalan sorang2, pastu pusing, jalan2 pusing, memang betul tu aku la tu. Jangan tak tegur.