Friday, December 14, 2012

Sepit Kepit

Aku rasa sudah sekian lama tidak mengomel di ruangan ini. Alkisahnya, aku sibuk tersepit kepit disana sini. Sampai duduk pun kepit kepit. Bila kau duduk kepit-kepit, cuba kau buangkan sedikit angin. Bunyinya macam angin tersepit dan akhirnya kau sengih-sengih seorang diri. 

"Bengong, gelak kentut sendiri" monolog aku seorang diri. 

Aku sekarang sudah di bumi Malaysia. Tapi baru saja minggu lepas aku pergi Kemboja. Jadi aku agak sedikit keliru, aku dimana sekarang ini. Mungkin sebab orang Kemboja ingat aku separuh daripada mereka. Aku tidak tahu sama ada wajar bangga dek kerana berjaya metempatankan diri atau kerana berjaya mentempayankan diri. Amboi, asal Kemboja saja, kau tak nak mengaku. Pergi London dua hari, kau dah lupa diri. Huh, menyampah.

Anyhow, tahukah anda orang Malaysia di London mostly kurang friendly? Aku pun tidak pasti kenapa. Kalau aku hidup dekat Paris, nampak saja orang Malaysia, terus terkeluar tinja lantas terkinja-kinja. Ibarat ninja, aku terus melakukan proses penyahtinjaan. Okay, aku saja nak biar ada ritma, buruk pula bunyinya.

Tapi aku tak salahkan mereka kalau tidak bersifat mesra alam. Disana komuniti kita pun bersepah. Jadi kau boleh bayangkan kalau mereka mesra alam flora, maka.....Aku tak tahu nak sambung ayat apa.

Jadi itulah sebabnya ada kala keadaan kita yang tersepit buatkan kita terkepit. Ya, aku rasa mesej aku lansung tidak sampai.

Wednesday, July 4, 2012

Ada Kala

Ada kala, kau rasa diri kau hero seperti mentadak didalam karung. Aku pun tak berapa pasti mentadak itu binatang spesis mana satu. Aku main petik bila aku rasa nak cakap. Eh tetek! Ha begitulah mendadaknya.

Dalam satu masa, ada kala kau rasa perlukan teman. Bukan untuk bercinta mahupun berjimak, tapi sekadar ada teman untuk kau luah rasa atau dengar bicara bersama. Bukan kerana tidak mahu appreciate sahabat sedia ada, cumanya, sahabat sedia ada ini punyai 60 deria rasa. Bila kau cakap 'blur it' mereka boleh teka kau cuba sampaikan 'burit'. Bila kau cakap 'belalai', mereka dah menari goyang hips dont lie 'gajah..gajah..gajah',



Tapi..kau memang maksudkan yang berlainan..

Jadi kau perlukan seseorang yang baru, seperti minyak kelapa dara. Untuk merasai detik rasa perkenalan pertama sehingga kau punyai 1001 cerita hendak dikongsi bersama. Disaat kau rasa kau umpama bayi yang baru lahir dan hendak menangis seteriak mungkin. Aku punya analogi sentiasa tak kena dengan tempat eh?

Tapi kau tak boleh borak lama-lama bila kau jumpa orang begitu.

Kau kena borak sekali dan terus hilang. Ini adalah penting kerana kalau kau rasa sekali, pasti kau nak lagi. Kau fikir lucah eh? Tapi betul. Macam aku rayau pergi Budapest, aku rasa kota itu begitu cantik sampai aku rasa taknak datang lagi kerana bimbang hilangnya rasa manis itu seperti kota Paris yang aku rasakan bau kota(slang Perak mai)

Ada kala kau perlukan seorang yang baru untuk kau rasa lama.

Begitulah Hati

Ada kala, hati ini boleh rapuh seperti baju yang direndam dalam baldi selama 7 hari. Dalam 7 hari, kau mengharapkan baju itu akan berbau wangi. Lalu kau simpan harapan yang menggunung. Namun malangnya, setelah 7 hari, baju itu rapuh bersama bau seakan tahi.

Begitulah hati.

Tatkala hidup di bumi Paris ini, aku sering dinodai dengan penuh rakus oleh rasa sunyi yang membuak-buak. Sungguh sensual ayat aku rupanya. Tetapi begitulah rasanya. Sehingga pada satu ketika, imaginasi-imaginasi luar tabii datang menyelinap segala ruang akal fikiran sehinggakan bantal pun kau rasa seksi seperti Megan Fox dan tilam kau rasakan seperti bibir mungil Angelina Jolie. Sungguh luar tabii bukan?

Begitulah hati.

Lalu aku pun cuba ingin lari dari juak-juak ini.Apa maksud juak-juak, tidaklah aku ketahui. Aku ingin lari sejauh mungkin. Tapi minggu lepas, baru lari 100m, urat punggung kanan aku cramp. Pedih. Perit. Aku bimbang juga kalau aku teruskan larian, barangkali urat punggung kanan aku bisa terputus. Bak kata pepatah, cubit punggung kanan, punggung kiri terasa juga.

Begitulah hati.

Jadi aku pun membawa diri ke jambatan yang penuh dengan mangga berdepankan muzium Louvre yang tersergam indah. Tatkala orang lain meletakkan kunci mangga, aku mungkin akan memautkan buah mangga supaya orang tahu bahawa aku bersendirian di jambatan cinta itu.

Begitulah hati. Sekian.

Kuiz minggu ini: Kau ada berapa punggung?